Sijil Pengendali Radio Amateur

Posted by Tempahan

SIJIL PENGENDALI RADIO AMATUR

Peraturan 27 ( 1 ) Akta Komunikasi dan Multimedia ( Technical Standard ) Peraturan 2000. Tiada sesiapa yang dibenarkan mengambil alih atau melakukan sebarang aktiviti kecuali ia mempunyai tauliah. Pengendali radio amatur adalah diwartakan dibawah peraturan dan untuk mengoperasikan sesebuah stesyen radio amatur seseorang itu mestilah mempunyai kewibawaan dan kemahiran yang telah ditetapkan.

Sijil Pengendali Radio Amatur adalah satu sijil yang dapat membuktikan bahawa pengendali berkenaan mempunyai pengetahuan yang secukupnya didalam bidang tersebut dan dapat mengendalikan stesyen radio amatur dengan betul dan bertanggungjawab mengikut peruntukan undang-undang.

Terdapat dua kelas Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur :

1. Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur Kelas A ( AROC Class A ).
2. Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur Kelas B ( AROC Class B ).

SIJIL PENGENDALI RADIO AMATUR KELAS A

Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur kelas A melayakkan pemegang sijil untuk memohon ASAA Class A. Untuk kelayakan seseorang itu diwajibkan lulus Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) dan ujian amali kod morse atau CW Test.

Mulai 1 April 2007, kelulusan ujian amali kod morse tidak diperlukan. Walaubagaimana pun ujian amali kod morse akan dianjurkan untuk tujuan pengiktirafan atau kemahiran.

SIJIL PENGENDALI RADIO AMATUR KELAS B

Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur kelas B melayakkan pemegang pemohon untuk memohon ASAA Class B sahaja. Untuk kelayakan mendapat sijil ini seseorang itu mestilah lulus didalam Peperiksaan Radio Amatur.

This entry was posted on 2:31 AM .